Bukan segelintir, tapi majoriti warga Malaysia menghadapi masalah dalam pengurusan kewangan mereka. Biar sebanyak mana pendapatan yang mereka peroleh, mereka masih berdepan dengan pelbagai isu kewangan yang mengugat dan mengganggu emosi dan jasmani.Mendidik diri untuk mengurus kewangan dengan bijak juga memerlukan ilmu. Tanpa ilmu yang benar, pasti pengurusan yang tepat tidak dapat dilaksanakan. Masa yang paling sesuai untuk menuntut ilmu adalah zaman muda, zaman di mana manusia paling mudah mencerna informasi dan membentuk tabiat diri.
Mahasiswa hari ini turut tidak ketinggalan berdepan kerumitan isu kewangan. Pastinya jika tidak ditangani segera, golongan-golongan muda ini akan berdepan krisis yang lebih teruk ketika melangkah ke alam dewasa. Maka mengetahui teknik dan disiplin yang betul dalam pengurusan kewangan diri adalah sangat penting dalam kehidupan sebagai mahasiswa khususnya dan manusia seluruhnya.

