03 Jun 2009

Mentarbiyyah Atau Ditarbiyyah

Bgaimana khabar imanmu tika ini?
Bertambahkah imanmu? Atau masih sama tahap imanmu? Atau semakin jauh merudum imanmu?
Ya Allah.... Ku mohon pada Mu ketetapan hati dan bertambahlah ketaqwaan ku kepada Mu...
Tarbiyyah??
Apa maksud tarbiyyah ye?
Luas pendapat2 tentang maksud tarbiyyah ni....
Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah... emmmm, maksudnye Exco Dakwah dan Kepimpinan...
Jadi adakah tarbiyyah itu kepimpinan? Ya, ada benarnya... memimpin, mendidik dan menunjuk ajar...



Terkadang kita memikirkan...
" Ana perlukan pembimbing......"
" Ana perlukan seseorang/sahabat untuk selalu ingatkan diri ana..."
" Ana perlukan itu...... "
" Ana perlukan ini......."
Sekadar meluahkan dari mulut tanpa tindakan takkan mebawa apa2 makna...
Tawakal itu perlu dimulakan dengan usaha.. dan diiringi dengan doa.....
Setelah itu teruskan... teruskan... dan cube untuk teruskan dengan se'istiqomahnya'.....
Allah pasti akan membantu hambanya yang selalu meminta dan memerlukanNya....
Allah takkan biarkan hambanya sendirian....
Allah takkan mungkir akan janjiNya.....
Jika Allah lamabat memberi, husnuzonlah akan caturanNya....
Allah sediakan yang lebih baik untuk kita....
Jika tidak disini... pasti di'sana' ganjaran dan anugerahnya......
Bersabarlah.....


Mentarbiyyah atau Ditarbiyyah???
Mungkin pernah berlaku situasi.... Dimana sahabat2 dan ana juga...
Kita serase dirundung kesdihan... kesunyian... tertekan dan tersntap kecewa....
Tatkala kita masih mencari sinar2 terang utk mengubati hati kita....
Dan mencari2 tangan yang akan menghulurkan bantuan kepada kita.....
Tiba2 datang seseorang menghulurkan tangan meminta 'bantuan' dari kita.....
Bukan menghulurkan tangan untuk membantu....
Tika itu apa yang anda lakukan???
Insan ini meminta kita membantu dan meminta kita men'tarbiyyah' mereka... disaat kita memerlukan pen'tarbiyyah'an dari seseorang.....
Subhanallah... Kadang memikirkan mungkin ini kebetulan... tp pada hakikatnya ia mungkin bukan suatu kebetulan.. tetapi caturan yang telah Allah aturkan untuk diri kita....
Mentarbiyyah sambil ditarbiyyah.... agak compilcated bunyinya....
Namun, atas hakikat ini sebenarnyalah.. Dalam masa yang sama kita mentarbiyyah dan mendidik hati kita....
2 dalam 1.... mungkinkah??? kenapa tidak... Allah itu punya pelbagai cara untuk membantu dan mentarbiyyah hamba-hambaNya....
telinga orang yang menyampaikan lebih dekat dari telinga yang mendengar...
dan hati orang yang menyampaikan lebih hampir dari hati orang yang menerima....
subhanallah... jadi kenapa harus tunggu orang untuk mentarbiyyah kita tanpa sebarang usaha... seperti menunggu buah yang takkan gugur?
memang perlu untuk kita mendapat pentarbiyyah dari orang lain...
tapi sebaiknya usaha itu landaskan pada diri sendiri terlebih dahulu....
jangan tunggu2... jangan tangguh2.....
esok tak menunggu kita.....
aturan esok belum pasti lagi ada untuk kita....
jam seterusnya belum tentu untuk kita....
minit seterusnya belum pasti hak milik kita....
dan saat selanjutnya belum tentunya buat kita....

jadi selagi kita mampu... selagi ana mampu....
cubalah.... cubalah utk kita sama2 koreksi kita....
tarbiyyah dri kita dan bantu mentarbiyyah.....
menjadi daei kepada diri dan juga menjadi daei kepada yang lain....
menjadi tabligh kepada diri dan menjadi tabligh untuk yang lain......


Jari Kita Sebagai Renungan


Assalamualaikum wbt. Salam ceria sahabat-sahabat sekalian^_^

Syukur alhamdulillah, ini first time saya menulis dalam ruangan blog ni. Segala kekurangan saya harap dapat dimaafkan. Toyyib, elok rasanya kita go straight to the point.

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari kita yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam... Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.

Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" dan kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.

Awas!! Di usia inilah kita sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, kita sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah kita??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, kita mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka kita patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan kita.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari kita yang lima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang???

01 Jun 2009

HAKIKAT HIDUP


Pendakian hidup

Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah sebulan program berlalu, barulah saya mendapat kekuatan untuk melampirkan apa yang kami perolehi sepanjang program Kem Jalinan Hati (KEJATI’09) anjuran Kelab Bimbingan Mahasiswa dengan kerjasama ABIM Serdang dan RBS Solution. Program yg dilaksanakan 3 hari 2 malam di Ulu Bendul, Negeri Sembilan memberi seribu satu makna buat saya. Kenapa??

Pertamanya, mungkin ini program yang kelab ini anjurkan seumpamanya dimana peserta-peserta sudahpun mengenali satu sama lain walaupun belum taaruf ^_^. Tahniah kepada urusetia. Cabarannya ialah, betulke kengkawan yang kita rase kita kenal die seratus peratus, kita mampu untuk faham dia? Maka, disinilah ruang ukhuwah yg kita buka untuk membina jalinan hati supaya ianya menjadi sulaman indah yang tidak akan terlerai walaupun sudah bercerai jasad dan nyawa! Hehe..

Tambah menarik, adalah aktiviti pendakian gunung angsi pada hari kedua perkhemahan kami di sana. Jujur saya maklumkan, disini saya mula mengerti hakikat hidup ini. Mulanya saya beranggapan, jika kita mendaki, maka jalannya adalah terus meninggi dan kami akan hanya perlu naik dari 1 tangga ke tangga yang seterusnya hingga ke puncak. Tapi, realitinya adalah berlainan sama sekali! Jalan yang kami perlu tempuhi penuh dengan akar dan batu serta kadang2 kami bukan hanya ke atas, ada jugak jalan rata, dan ada juga ke bawah dahulu, kemudian baru naik semula.

Letihnya, hanya tuhan yang tahu. Membara juga saya bila ditipu oleh rakan yg menyatakan “ cepat tikun, sikit lagi nak sampai” untuk menaikkan semangat saya. Termengah-mengah saya, niat di hati, nak je patah balik. Dan disini saya dapat kesan kelemahan saya, mudah bersemangat dan mudah juga luntur semangatnya. Maka, cara untuk saya mengelakkan ianya terus luntur adalah besama-sama dengan rakan2 yang sentiasa bersemangat supaya saya mampu istiqamah dalam tugas saya ^_^.

Terharu juga saya menyaksikan seorang rakan yang lebih mesra digelar Tom memberi semangat kepada Ras Izzati yang seperti saya juga, hampir putus asa. Penuh semangat dia nyanyikan lagu ‘kau boleh’. Dengan mulut penuh ngomelan, kami teruskan perjalanan. Sepanjang mendaki jua saya temui hikmah hidup ini. Lelaki dan wanita itu memang harus ada batasnya, tapi bukan dipisahkan dalam semua perkara. Contohnya ketika dalam perjalanan ke atas, beg2 yang berat disandang oleh perempuan akhirnya, dibantu oleh peserta lelaki yang masih ada sisa tenaga untuk membantu kami. Kami juga dapat solat berjemaah ketika sampai di puncak.Tambahan pula, keselamatan kaum hawa ini lebih terjamin bila bersama kaum adam. Yang penting, system yang cuba kami pelajari dalam proses pendakian ini adalah bekerjasama tanpa melangkaui batas syariat.

Setibanya di puncak, gumbiranya tak dapat digambarkan. Seperti memegang ijazah sarjana, atau menang juara liga bola dan macam2 lagi. Segala perasaan bercampur aduk. Ya, pendakian hidup ini memang letih. Dan perkataan DAKI itu tidak merujuk kepada naik sahaja, tetapi juga turun naik serta liku2 hidup untuk mencapai destinasi kita. Dan, apakah destinasi utama kita semua??? Mencapai REDHANYA walau dimana kita berpijak. .

Mungkin saya pulang awal dan banyak lagi pengisian yang saya ketinggalan. Tapi, percayalah, pengalaman ini tidak mungkin saya lupakan. Tahniah kepada pengarah program Mohd Faris Bin Abd Rashid dan pembantunya Amalina Bt Ismail. Semoga kalian tetap bersama-sama memperjuangkan ‘kemuliaan dan kecemerlangan mahasiswa’. Dugaan hidup ini ada di mana-mana. Saya faham banyak yang kalian telah tempuhi dalam melaksanakan program ini. Jangan sekali2 jemu dan lesu serta kecewa walau apa pun hasilnya. ALLAH S.W.T telah berfirman, yang membawa maksud : Aku tidak melihat akan hasil daripada pekerjaan kalian, tetapi bagaimana kalian melaksanakannya.

Akhir bicara, marilah kita sama2 menghayati hakikat pendakian hidup ini. Teruskanlah berusaha dan membina keyakinan diri kita walaupun agak sukar mungkin. Hadirkan diri kita terhadap yang Maha Esa walau dimana kita berada. Carilah rakan-rakan yang mampu bersam ngan kita time busuk ngan time wangi. Hehe... wallahualam.


23 April 2009

Keselamatan Remaja Wanita Tanggungjawab Semua




Dewasa ini, kita sering dilambakkan dengan pelbagai masalah sosial yang melanda masyarakat kita yang dipaparkan oleh media massa. Kes penceraian yang semakin meningkat, kes buli, kes sumbang mahram dan terbaru laporan kes rogol yang semakin meruncing.

Kes rogol di negara ini pada tahun lalu mencatatkan peningkatan hampir 300 peratus daripada jumlah kes 2007 di mana peningkatan sebanyak 3178 kes berbanding tahun yang sebelumnya. Paling menyayat hati, laporan tentang kanak-kanak tadika yang dirogol baru-baru ini. Di manakah nilai kemanusiaan dalam masyarakat kita yang terkenal dengan adat-adat ketimuran?

Majlis Hal Ehwal Siswi (HEWI), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melahirkan rasa bimbang atas peningkatan laporan kes rogol serta beberapa lagi masalah sosial yang lain. Apatah lagi jika dibicarakan isu sumbang mahram dan juga penzinaan yang berlaku di kalangan generasi muda, isu anak luar nikah, malah masyarakat yang ’sakit’ dan ‘tenat’ sanggup melakukan apa sahaja hingga ke tahap membunuh demi memuaskan gelodak nafsu semata-mata.

Ini menerangkan hakikat kecelaruan pemikiran masyarakat yang ditambah lagi dengan suasana kehidupan yang semakin terhakis nilai-nilai moral dan sahsiah. Kondisi masyarakat dilihat tidak membantu serta mendidik generasi sekarang dan akan datang dengan norma-norma tauhid dan nilai-nilai keinsanan. Akibatnya, benteng jati diri semakin hancur dan lahirlah generasi yang hilang adab dan tidak berperikemanusian.

Tiada ertinya mengejar kemajuan demi pembangunan masa hadapan jika akhirnya masyarakat mengalami kehancuran nilai-nilai kemanusiaan, hilang jati diri dan pedoman hidup. Menyedari hakikat ini, Majlis HEWI PKPIM, menyarankan agar semua pihak sentiasa memandang serius tentang isu ini kerana kesan serta impak kepada remaja-remaja yang dirogol adalah sangat serius dan bersifat jangka masa panjang.

Pendidikan serta pendedahan awal tentang penjagaan keselamatan diri remaja terutamanya remaja perempuan perlulah dilaksanakan seawal mungkin khususnya di peringkat kanak-kanak lagi agar mereka tahu bagaimana hendak bertindak apabila keselamatan diri mereka tergugat. Sebagai contoh,bagaimana reaksi apabila dihampiri orang yang tidak dikenali, bagaimana hendak menolak ajakan secara berhikmah dan apakah hak-hak seorang wanita jika diganggu oleh mana-mana individu yang dikenali atau tidak.

Menyedari hakikat bahawa isu keganasan terhadap remaja wanita memerlukan pembelaan yang berterusan, Majlis HEWI PKPIM yang merupakan satu badan pelajar peringkat kebangsaan akan terus berpartisipasi dalam menangani isu ini dan bersedia bekerjasama dengan pihak Kerajaan, pihak swasta, NGO mahupun masyarakat secara amnya. Isu keganasan terhadap remaja wanita sering dibincang dan dikupas melalui Seminar, Forum dan Ceramah.

Bermula dengan definisi keganasan, punca dan kesan keganasan yang akhirnya telah menghasilkan satu resolusi ke arah merungkaikan permasalahan sosial ini. Namun begitu, isu ini dilupakan seketika apabila laporan keganasan terhadap remaja wanita tidak lagi tersiar di dada-dada akhbar. Sebaliknya isu ini akan menjadi panas apabila ada mangsa terbaru dilaporkan.

Majlis HEWI PKPIM menyedari hakikat bahawa isu ini tidak hanya dapat diselesaikan melalui Seminar dan Forum semata-mata, malah ianya memerlukan usaha diri wanita itu sendiri dalam menyiapkan diri dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Justeru, Majlis HEWI PKPIM merasakan bahawa perlu diwujudkan satu usaha yang bersepadu dan menyeluruh dalam memberikan kemahiran dan pengetahuan tentang kaedah untuk mencegah daripada menjadi mangsa keganasan.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, Majlis HEWI PKPIM merasakan peri pentingnya Bengkel Keselamatan Untuk Remaja (BESTARI) di adakan bagi menyedarkan para remaja wanita bahawa mereka berhak untuk berada dalam keadaan selamat. Di samping itu program ini bertujuan untuk memandu para remaja wanita berkenaan tindakan yang harus dilakukan apabila berada di dalam situasi yang boleh menganggu gugat keselamatan mereka.

Dengan pelaksanaan program ini serta sokongan daripada semua pihak secara berterusan, Majlis HEWI PKPIM dapat merasakan adanya usaha meratakan serta merakyatkan kefahaman tentang penjagaan keselamatan diri remaja khususnya remaja wanita dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan kadar kes sosial yang semakin meruncing.

*Nor Akmariah Abdullah*