20 Februari 2012

Jom Belajar Cara KBM



Hari ini, saya ingin berkongsi tips cemerlang di dalam bilik kuliah bukan sekadar untuk IPT, namun sesisapa sahaja boleh mengaplikasikanya didalam kehidupan walaupun pakcik yang yang menghadiri kelas agama di masjid.

Tips pertama dan paling asas adalah memulakan setiap perbuatan kita dengan niat yang jelas dan ikhlas.

Kedua, ulangkaji subjek / pelajaran lebih awal sebelum hadir ke kuliah. Seelok-
eloknya malam sebelum kelas. Kenal pasti topik-topik yang akan dibincangkan sekali imbas.

Ketiga, jangan lewat ke kelas. Datang awal 15 minit sebagai persediaan dari sudut mental dan fizikal supaya mendapat lebih tumpuan semasa belajar.

Keempat, pilih tempat duduk dihadapan kelas yang lebih dekat dengan pensyarah kerana lebih dekat dengan guru lebih keberkatannya.

Kelima, tunjukkan perasaan minat terhadap apa yang dituturkan oleh pensyarah kerana mereka suka dengan pelajar yang berminat dan ini akan meningkatkan semangat pensyarah untuk mengajar.

Keenam, dapatkan rakan sekelas yang bijak dan mudah faham di dalam kelas.

Ketujuh, catat nota-nota penting yang diberi penekanan oleh pensyarah. Jangansekadar salin apa yang dituturkan oleh pensyarah tetapi tidak memahami penerangan yang diberikan.

Kelapan, jangan membiasakan diri bertanya "Bila kelas akan tamat?" atau kerap melihat jam tangan yang akan mengganggu tumpuan pensyarah mengajar.

Kesembilan, cuba mengenal pasti apa yang difikirkan oleh pensyarah kerana selalunya pensyarah adalah salah seorang penggubal soalan dan pemeriksa kertas soalan pelajar. Dengan erti kata lain, jangan "syok sendiri" dengan buat andaian yang salah terhadap penerangan yang diberikan. Berani bertanya jika lambat untuk faham.

Kesepuluh, elakkan tidur di dalam kelas kerana ia tidak menghormati pensyarah dan rakan-rakan yang lain. Namun, jika anda tidur juga jangan berdengkur sehingga mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran.

Saya harap semoga 10 tips ini dapat membantu dan menjadi panduan untuk cemerlang di dalam kelas walaupun banyak lagi tips-tips berkesan yang lain.

06 Februari 2012

Hati Seekor Tikus!!


Yeww!! Cakap pasal tikus pasti ada yang geli. Tapi apa pun,semua kejadian Allah tu ada manfaatnya untuk kita belajar sesuatu..

Beberapa hari yang lepas, sedang drive di Lebuh Silikon dengan ditemani sahabat dan radio IKIM.fm ada sesuatu y kami dapat.Satu cerita dongeng tentang seekor tikus dan seorang tukang sihir.Ceritanya bermula...

Suatu hari tikus bertemu dengan ahli sihir yang boleh menunaikan permintaan dan hajat. Permintaan pertama daripada tikus:

Tikus      :Wahai ahli sihir. Bolehkah engkau menukarkan 
               aku sebagai kucing?
Ahli Sihir: Mengapa engkau nak bertukar kepada kucing?
Tikus     : Sebab aku sangat takut dengan kucing.
               Mungkin bila aku jadi kucing,
               aku dah tidak perlu takut..
Ahli Sihir: Baiklah..


Maka,tikus pun bertukar menjadi kucing. LALU,setelah menjadi kucing,dia ternampak pula seekor ANJING..GRRRRRR..anjing dengan lagak gayanya menakutkan kucing.Kucing ketakutan. Maka,kucing itu pun berfikir mahu tukarkan dirinya menjadi anjing supaya dia menjadi lebih berani.

Kucing    : Wahai ahli sihir. Aku ingin meminta satu lagi
                permintaan.
Ahli Sihir : Baiklah,apa pula permintaanmu?
Kucing    : Aku ingin ditukarkan menjadi anjing. Apabila aku

                menjadi kucing,aku masih takut kepada anjing.
                Aku ingin menjadi berani seperti anjing.


Maka,dengan ilmu yang ahli sihir ada,kucing itu pun berubah menjadi anjing. Kemudian,ketika anjing bersiar-siar di tepi hutan,ternampak pula SANG HARIMAU.Wah, lagi menggerunkan! Harimau boleh makan aku ni..terlintas dibenak fikiran ajing untuk betukar lagi menjadi HARIMAU.

Anjing     : Wahai ahli sihir,tukar aku menjadi harimau pula.
Ahli Sihir : Baiklah


Bertukarlah sekali lagi Si ANJING menjadi HARIMAU. Lalu,apa pula yang dikhuatiri? Tentulah Sang PEMBURU!!! 



Harimau: Aku sangat khuatir pemburu itu 
              akan menembakku.Ya,Si Sihir mesti boleh
              menyelesaikan!

Berjumpalah HARIMAU dengan Si Sihir.
           
Harimau: Bolehkah kau tukarkan aku sekali lagi untuk 
               menjadi Pemburu.Aku sangat khuatir pemburu
               membunuhku. Bila aku jadi pemburu,aku boleh
               memburu haiwan lain.
Si Sihir   : Tidak..kali ini aku tidak boleh menukarkanmu
               kepada apapun.
Harimau : Kenapa begitu?
Si Sihir   : Bertukarlah kamu sebagai apapun. Tapi sekiranya
                hatimu adalah HATI SEEKOR TIKUS kamu 
               tetap pengecut seperti tikus.

Walaupun ia adalah Dongeng dari India,namun penuh dengan nasihat. Dongeng ini amat bermakna,menyebabkan Puteri Wali mengembara ke Kuala Kangsar. (^_^)

Adakah hati kita seperti hati tikus?
Padamkanlah sekiranya ada pada diri kita. Mohon pada Allah agar kita dijauhkan dari sifat PENGECUT. 

Boleh amalkan doa' ini

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنْ
 وَأُعُوْذُبِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلْ
وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ
 وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ 


“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”
Moga bermanfaat!


Puteri Wali: Hati Seekor Tikus!!

27 Januari 2012

Kisah Syeikh Ibrahim Adham & 10 Tanda Hati Mati...

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

23 Januari 2012

Menyingkap Makna Subsidi



Apakah pemberian 'Subsidi' oleh pemerintah adalah sesuatu yang benar dan telus..?


Pada hari ini, mari kita memahami keadaan sebenar yang sedang berlaku di negara ini, apakah dia yang dimaksudkan ‘Subsidi’ yang kononnya diberi oleh pemerintah:


Mari mulakan.......
Seorang lelaki yang dipanggil Maha memiliki sebuah ladang yang boleh menghasilkan 10 biji tembikai setiap hari. Beliau mempunyai 5 orang pekerja yang mengendalikan ladang. Setiap daripada mereka makan sebiji tembikai setiap hari.
Baki 4 biji tembikai yang tinggal, tuan rumah menjual pada harga RM10 setiap satu dan dia memperolehi RM40 jualan. Dia gunakan RM25 untuk kos operasi ladang, beri RM2.00 kepada setiap pekerja dan dia menyimpan RM5.00 sebagai keuntungan.
Hari demi hari, ladang itu dimajukan dengan baik dan kesemua 5 pekerja berpuas hati dengan simpanan wang mereka.


Meningkatkan Kualiti Ladang


Apabila Maha meninggal dunia, tuan tanah yang baru, Ah Jib, datang untuk meneruskan operasi ladang.
Dia berkata kepada para pekerja: "Kita perlu untuk meningkatkan kualiti ladang dan mentakrif semula cara kita berfikir. Mulai sekarang anda semua hanya perlu membayar RM1.00 bagi setiap tembikai yang anda makan. Ia sangat murah jika dibandingkan dengan harga RM10 setiap satu di luar ladang”.
Para pekerja tiada pilihan tetapi terpaksa membayar RM1.00 bagi sebiji tembikai yang mereka makan setiap hari. Pendapatan mereka berkurangan dari RM2.00 kepada RM1.00 bagi setiap orang.
Seperti biasa, Ah Jib menjual 4 biji tembikai dan dia mendapat RM40. Beliau menggunakan RM25 untuk kos ladang dan membayar gaji RM10 kepada pekerja. Beliau mendapat RM5.00 sebagai keuntungan. Selain itu, beliau mendapat keuntungan RM5.00 dari tembikai yang dijual kepada pekerja-pekerjanya. Secara keseluruhan, dia mendapat RM10 sebagai keuntungan setiap hari.


Penswastaan


Sekarang, dengan kenaikan harga barang, Ah Jib menaikkan harga tembikai kepada RM20 setiap satu. Ah Jib mendapat keuntungan yang lebih tinggi kerana dia mendapat jualan RM80 untuk 4 biji tembikai setiap hari.
Kemudian, beliau memutuskan untuk memberikan kontrak perladangan untuk diswastakan kepada salah seorang teman rapat, Ijat.