kr:Mohd Hamizan Bin Hasim
15 Februari 2011
Rindunya dia pada kita, ayuh baiki diri...
Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah S.A.W. bersabda:
"Diantara kamu, orang yang paling aku cintai dan orang yang aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya"
(HR Tirmizi)
Dari Nawwas bin Sam'an r.a. berkata: Daku bertanya kepada Rasullulah S.A.W. mengenai dosa dan pahala, maka Baginda S.A.W.menjawab:
12 Februari 2011
11 Februari 2011
04 Februari 2011
Gerhana kampus

Oleh ALI BUKHARI AMIR
MALAM membaham siang. Petang menelan malam. Beburung berkicauan di atas rantingan pepohon. Hujan renyai dalam bulan Oktober ini, mengundang ratapan baru di universiti. Petang itu aku merenung luar jendela, cuba melihat pemandangan indah-indah.
Tetapi yang terzahir cuma kekeruhan wajah alam yang semakin sukar dijernihkan. Segala yang sangat indah itu akhirnya dengan cepat pudar. Benar kata pendeta. Sebenarnya, jika hati di dalam jiwa kita yang resah, maka segala yang didandan hias agar segar dipandang mata pun akan bertukar menjadi kurang indah.
Kalau tubuh kita sihat, lidah ini dengan tenangnya dapat menghirup segala kelazatannya, dan kemanisan secangkir teh dengan penuh nikmat, lazat dan berselera akan menjalar di lidah, meresap ke hati, lalu membekas pula di jiwa.
Langgan:
Catatan (Atom)