08 Jun 2010

Menangis



PERNAHKAH anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini.

Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.

Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu: Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:

Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.
1. Apabila dahinya berpeluh.
2 Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya

diambil dari profil Anuar Manap di Facebook... 

12 Mei 2010

Cuti Semester...

Assalamualaikum w.b.t. , alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat pembaca blog ini. Bermula tanggal 2 mei lalu bermulalah cuti semester bagi Univerisiti Putra Malaysia. Saya pasti ada di dalam kalangan kita pasti sudah bekerja part time mengisi cuti panjang ini. Tidak kurang juga yang sedang mengisi hari-hari kosong dengan rutin yang membosankan... makan tidur makan tidur makannnnn... tiduuuuuuuuur...

Beruntunglah bagi orang insan-insan mengisi cuti-cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah dan menarik, saya harap saya akan tergolong dalam golongan ini. Mungkin ada didalam kalangan kita sibuk menjalankan ibadah bagi memenuhi hari-hari kosong, memikirkan sekiranya semester bermula pasti masa untuk kita beribadah makin suntuk. Mana tidaknya, assignment mula menggunung kelas-kelas kita menghimpit diri bila semester baru bermula. Nak mencukup yang lima satu mujahaddah. Jadi masa cuti inilah masa terbaik untuk kita penuhkan ibadat-ibadat wajib dan sunat.

Bertani satu ibadah???
Apa pendapat sahabat sekalian??? Setuju atau tidak??? Bagi orang kelate macam saya, slogan ini selalu dilihat... ditepi jalan... surat khabar... al maklumlah ini adalah gagasan yang  dibawa oleh kerajaan negeri kelantan... saya ingat lagi masa MAHA dua tahun lalu... slogan pertanian adalah perniagaan selalu dilihat... bagi saya kedua-dua slogan ni ada persamaan... kedua-dua nya membawa mesej prtanian harus dijalankan... bagi saya,l kedua-duanya dalam hidup saya... sahabat-sahabat bagaimana? Terserah... tepuk dada tanya selera...

Kenapa pertanian satu ibadah???

Sabda Rasullulah S.A.W. yang bermaksud..
“Sekiranya kiamat hendak terjadi,sedangkan di tangan salah seorang daripada kamu ada biji benih tamar dan dia mampu menanamnya sebelum terjadi kiammat, maka hendaklah dia menanamnya dengan itu ia mendapat pahala”
(Riwayat Imam Ahmad)
“Tujuh perkara yang pahalanya berterusan walaupun ia berada dalam kubur selpas kematiannya iaitu orang mengajar ilmu, atau mengalirkan sungai, menanam tanaman, membina masjid, menulis al-Quran atau meninggalkan anak yang sentiasa meminta ampun baginya selepas kematiannya.”
(Riwayat Barraz)
“Tidaklah seseorang muslim menanam suatu tanaman melainkan apa yang dimakan dari tanaman itu sebagai sedekah baginya, apa yang dicuri dari tanaman tersebut sebagai sedekah baginya dan tidaklah kepunyaan seseorang itu dikurangi melainan menjadi sedekah baginya.”
(Riwayat Imam Muslim)
“Sesiapa yang memiliki tanah hendaklah ia mengusahakannya, namun jika dia tidak mampu melakukannya, maka hendaklah diberikan kepada saudaranya (supaya diusahakan) dan janganlah dia menyewakannya”
(Riwayat Abu Daud)
 .
Kesimpulan....

Isi masa kita dengan bercucuk tanam
Ayuh kita isi masa cuti kita dengan bercucuk tanam...
Bertani adalah satu ibadah...

26 April 2010

Usah redakan sifat Redhamu.

Assalamualaikum & salam Sejahtera untuk semua.
Semoga dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang yang tdk berbelah bahagi dari ALLAH S.W.T. Marilah kita sama-sama bersalawat ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W yang membawa cahaya dan mengeluarkan umat manuasia dari alam kegelapan.
Para pelajar UPM yang masih menuntut hampir ke penghujung semester ke-2 2009/2010. Jadi, suka untuk saya berkongsi tentang satu sifat yang nampaknya makin pudar dari hari kehari. Mesti kawan2 pernah dengar pasal sifat redha kan?? atau dalam bahasa pasar nye= pasrah.
Fasa untuk bertungkus lumus dalam gelanggang peperiksaan sudah dilewati. Fasa bermain-main dengan usaha dan pengorbanan juga sudah dilepasi. sekarang sudah tiba masanye untuk rakan-rakan semua memasuki fasa tawakkal dan memperbanyakkan doa supaya kita dapat memperolehi yang terbaik, iaitu setimpal dengan usaha, ataupun yang lebih baik daripada tu.
Namun demikian, tak semua yang kita rancangkan ini selari dengan kehendakNYA. kadang-kadang kita diuji atas faktor ALLAH tau kita mampu menanggungnya. Dan janganlah pula kerana ketetapan itu rakan-rakan bersedih hati dan kecewa lantas mengambil keputusan untuk berhenti berjuang di arena akademik ini. Masih jauh dan panjang lagi lebuhraya kehidupan yang perlu kita lalui dan kita tak tahu sampai bile minyak kereta yg dibekalkan oleh ALLAH S.W.T ini akan membenarkan kita terus bergerak.
Sebelum mengakhiri topik kali ni, suka untuk saya berkongsi tentang sedikit nota berkenaan REDHA. jangan biarkan diri kita surut dengan sifat ni. Bimbang lambat laun kita menjadi hamba yang tidak bersyukur.